Friday 17 March 2017

Selamat Datang

Ucapan salam buat semua..Terima Kasih kerana sudi singgah ke blog saya.Ini merupakan blog saya yang lebih menjurus kepada fotografi.Sebenarnya daripada usia saya dari 13 tahun lagi saya telah jatuh cinta dengan fotografi.Ini kerana fotograf yang diambil mampu menyimpan seribu satu kenangan kepada si pemilik gambar mahupun insan yang terdapat di dalam gambar tersebut.Namun disebabkan pada ketika itu teknologi fotografi tidak semaju kini,yang mana hasil gambar di dalam format filem (atau orang dulu panggil kodak kerana pada ketika itu syarikat kodak merupakan kuasa besar di dalam dunia fotografi.).
Berbalik kepada diri saya,di mana pada awal tahun ini,barulah saya dapat menunaikan hasrat di dalam diri saya untuk memiliki kamera DSLR sendiri.Walaupun bukan model yang terkini,tetapi cukup untuk menghasilkan kualiti gambar setanding kamera seangkatannya.Kini dengan berbekalkan kamera DSLR ini keinginan saya untuk menceburi di dalam bidang fotografi semakin tinggi.Dengan sedikit tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat yang lebih lama di dalam bidang ini,kini saya mengirak langkah berani dengan ini menawarkan pakej fotografi yang sesuai dengan keupayaan bajet anda.Jika tiada sokongan daripada anda,bagaimana saya ingin berjaya?
Sekian sahaja coretan saya pada kali ini.Sekiranya anda ingin berkongsi minat dengan saya,atau memberikan cadangan,idea,komen serta kritikan membina boleh tinggalkan komen di blog atau melalui FB saya : Jejaka Terpuji Firdaus atau melalui emel jtfotografi@gmail.com.Jumpa lagi di coretan seterusnya dan selamat berkarya!